“Dia telah membeli akhirat dengan dunia,
dan mengutamakan keridhaan Allah dan Rasul atas segala-galanya.” (Mu’arrikhin).
SA’ID BIN ‘AMIR AL JUMAHY, termasuk seorang
pemuda di antara ribuan orang yang pergi ke Tan’im, di luar kota Makkah. Mereka berbondong-bondong ke sana, dikerahkan para
pemimpin Quraisy untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman mati terhadap Khubaib
bin ‘Ady, iaitu seorang sahabat Nabi yang mereka jatuhi hukuman tanpa alasan.
Dengan semangat muda yang menyala-nyala, Sa’id
maju menerobos orang banyak yang berdesak-desakan. Akhirnya dia sampai ke
depan, sejajar dengan tempat duduk orang-orang penting, seperti Abu Sufyan bin
Harb, Shafwan bin Umayyah dan lain-lain.
Kaum kafir Quraisy sengaja mempertontonkan
tawanan mereka dibelenggu. Sementara para wanita, anak anak dan pemuda,
menggiring Khubaib ke lapangan maut. Mereka ingin membalas dendam terhadap Nabi
Muhammad saw., serta melampiaskan sakit hati atas ke kalahan mereka dalam
perang Badar.
Ketika tawanan yang mereka giring sampai ke
tiang salib yang telah disediakan, ‘Sa’id mendongakkan kepala melihat kepada
Khubaib bin ‘Ady. ‘Said mendengar suara Khubaib berkata dengan mantap, “Jika
kalian bolehkan, saya ingin shalat dua raka’at sebelum saya kalian bunuh….”
Kemudian Sa’id melihat Khubaib menghadap ke
kiblat (Ka’bah). Dia shalat dua raka’at. Alangkah bagus dan sempurna shalatnya
itu. Sesudah shalat, Khubaib menghadap kepada para pemimpin Quraisy seraya
berkata, “Demi Allah! Seandainya kalian tidak akan menuduhku melama-lamakan
shalat untuk melambat-lambatkan waktu kerana takut mati, nescaya saya akan
shalat lebih banyak lagi.” Mendengar ucapan Khubaib tersebut, Sa’id melihat
para pemimpin Quraisy naik darah, bagaikan hendak mencencang-cencang tubuh
Khubaib hidup hidup.
Kata mereka, “Sukakah engkau si Muhammad
menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?”
“Saya tidak ingin bersenang-senang dengan
isteri dan anak-anak saya, sementara Muhammad tertusuk duri….,” jawab Khubaib
mantap.
“Bunuh dia…! Bunuh dia…!” teriak orang
banyak.
Sa’id melihat Khubaib telah dipakukan ke
tiang salib. Dia mengarahkan pandangannya ke langit sambil mendo’a, “Ya, Allah!
Hitunglah jumlah mereka! Hancurkanlah mereka semua. Jangan disisakan seorang
jua pun!”
Tidak lama kemudian Khubaib menghembuskan
nafasnya yang terakhir di tiang salib. Sekujur tubuhnya penuh dengan luka-luka
kerana tebasan pedang dan tikaman tombak yang tak terbilang jumlahnya.
Kaum kafir Quraisy kembali ke Makkah
biasa-biasa saja. Seolah-olah mereka telah melupakan peristiwa maut yang
merenggut nyawa Khubaib dengan sadis. Tetapi Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy yang
baru meningkat usia remaja tidak dapat melupakan Khubaib walau agak sedetikpun.
Sehingga dia bermimpi melihat Khubaib menjelma di hadapannya. Dia seakan-akan
melihat Khubaib shalat dua raka’at dengan khusyu’ dan tenang di bawah tiang
salib. Seperti terdengar olehnya rintihan suara Khubaib mendo‘akan kaum kafir
Quraisy. Kerana itu Sa’id ketakutan kalau-kalau Allah swt. segera mengabulkan
do’a Khubaib, sehingga petir dan halilintar menyambar kaum Quraisy.
Keberanian dan ketabahan Khubaib menghadapi
maut mengajarkan pada Sa’id beberapa hal yang belum pernah diketahuinya selama
ini.
Pertama, hidup yang sesungguhnya ialah hidup
berakidah (beriman); kemudian berjuang mempertahankan ‘akidah itu sampai mati.
Kedua, iman yang telah terhunjam dalam di
hati seorang dapat menimbulkan hal-hal yang ajaib dan luar biasa.
Ketiga, orang yang paling dicintai Khubaib
ialah sahabatnya, iaitu seorang Nabi yang dikukuhkan dari langit.
Sejak itu Allah swt. membukakan hati Sa’id
bin ‘Amir untuk menganut agama Islam. Kemudian dia berpidato di hadapan
khalayak ramai, menyatakan: alangkah bodohnya orang Quraisy menyembah berhala.
Kerana itu dia tidak mahu terlibat dalam kebodohan itu. Lalu dibuangnya berhala-hala
yang dipujanya selamaini. Kemudian diumumkannya bahwa mulai sa ‘at itu dia
masuk Islam.
Tidak lama sesudah itu, Sa id menyusul kaum
muslimin hijrah ke Madinah. Di sana
dia senantisasa mendampingi Nabi s.a.w. Dia ikut berperang bersama beliau, mula
mula dalam peperangan Khaibar. Kemudian dia selalu turut berperang dalam setiap
peperangan berikutnya.
Setelah Nabi saw. berpulang ke rahmatullah,
Sa’id tetap menjadi pembela setia Khalifah Abu Bakar dan ‘Umar. Dia menjadi
teladan satu-satuya bagi orang orang mu’min yang membeli kehidupan akhirat
dengan kehidupan dunia. Dia lebih mengutamakan keridhaan Allah dan pahala
daripada-Nya di atas segala keinginan hawa nafsu dan kehendak jasad.
Kedua Khalifah Rasulullah, Abu Bakar dan
‘Umar bin Khaththab, mengerti bahwa ucapan-ucapan Sa’id sangat berbobot, dan
taqwanya sangat tinggi. Kerana itu keduanya tidak keberatan mendengar dan
melaksanakan nasihat-nasihat Sa ‘id.
Pada sutu hari di awal pemerintahan
Khalifah ‘Umar bin Khaththab, Sa’id datang kepadanya memberi nasihat.
Kata Sa’id, “Ya ‘Umar! Takutlah kepada
Allah dalam memerintah manusia. Jangan takut kepada manusia dalam menjalankan
agama Allah! Jangan berkata berbeda dengan perbuatan. Kerana sebaik-baik
perkataan ialah yang dibuktikan dengan perbuatan.
Hai Umar! Tujukanlah seluruh perhatian Anda
kepada urusan kaum muslimin baik yang jauh mahupun yang dekat. Berikan kepada
mereka apa yang Anda dan keluarga sukai. Jauhkan dari mereka apa-apa yang Anda
dan ke luarga Anda tidak sukai. Arahkan semua karunia Allah kepada yang baik.
Jangan hiraukan cacian orang-orang yang suka mencaci.”
“Siapakah yang sanggup melaksanakan semua
itu, hai Sa’id?” tanya Khalifah ‘Umar.
“Tentu orang seperti Anda! Bukankah Anda
telah dipercayai Allah memerintah ummat Muhammad ini? Bukankah antara Anda
dengan Allah tidak ada lagi suatu penghalang?” jawab Sa’id meyakinkan.
Pada suatu ketika Khalifah ‘Umar memanggil
Sa’id untuk diserahi suatu jabatan dalam pemerintahan.
“Hai Sa’id! Engkau kami angkat menjadi
Gubernur di Himsh!” kata Khalifah Umar.
“Wahai ‘Umar! Saya memohon kepada Allah
semoga Anda tidak mendorong saya condong kepada dunia,” kata Sa’id.
“Celaka Engkau!” balas ‘Umar marah. “Engkau
pikulkan beban pemerintahn ini di pundakku, tetapi kemudian Engkau menghindar
dan membiarkanku repot sendiri.”
“Demi Allah! Saya tidak akan membiarkan
Anda,” jawab Sa’id.
Kemudjan Khalifah ‘Umar melantik Sa ‘Id
menjadi Gubernur di Himsh.
Sesudah pelantikan, Khalifah ‘Umar bertanya
kepada Sa’id, “Berapa gaji yang Engkau inginkan?”
“Apa yang harus saya perbuat dengan gaji
itu, ya Amirul Mu’minin?” jawab Sa’id balik bertanya. “Bukankah penghasilan
saya dan Baitul Mal sudah cukup?”
Tidak berapa lama setelah Sa ‘id memerintah
di Himsh, sebuah delegasi datang menghadap Khalifah ‘Umar di Madinah. Delegasi
itu terdiri dari penduduk Hims yang di tugasi Khalifah mengamat-amati jalannya
pemerintahan di Himsh.
Dalam pertemuan dengan delegasi tersebut,
Khalifah ‘Umar meminta daftar fakir miskin Himsh untuk diberikan santunan.
Delegasi mengajukan daftar yang diminta Khalifah. Di dalam daftar tersebut
terdapat nama-nama si Fulan, dan nama Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy.
Ketika Khalifah meneliti daftar tersebut,
beliau menemukan nama Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy. Lalu beliau bertanya “Siapa Sa
‘id bin ‘Amir yang kalian cantumkan ini?”
“Gubernur kami! “jawab mereka.
“Betulkah Gubernur kalian miskin?” tanya
khalifah heran.
“Sungguh, ya Amiral Mu’minin! Demi Allah!
Sering kali di rumahnya tidak kelihatan tanda-tanda api menyala (tidak
memasak),”jawab mereka meyakinkan.
Mendengar perkataan itu, Khalifah ‘Umar
menangis, sehingga air mata beliau meleleh membasahi jenggotnya. Kemudian
beliau mengambil sebuah pundi-pundi berisi uang seribu dinar.
“Kembalilah kalian ke Himsh. Sampaikan
salamku kepada Gubernur Sa’id bin ‘Amir. Dan uang ini saya kirim kan untuk beliau, guna
meringankan kesulitan-kesulitan rumah tangganya” ucap ‘Umar sedih.
Setibanya di Himsh, delegasi itu segera
menghadap Gubernur Sa’id, menyampaikan salam dan uang kiriman Khalifah untuk
beliau Setelah Gubernur Sa ‘id melihat pundi-pundi berisi uang dinar,
pundi-pundi itu dijauhkannya dari sisinya seraya berucap, ‘inna lilahi wa inna
ilaihi raji’un. (Kita milik Allah, pasti kembali kepada Allah).”
Mendengar ucapannya itu, seolah-olah suatu
mara bahaya sedang menimpanya. Kerana itu isterinya segera menghampiri seraya
bertanya, “Apa yang terjadi, hai ‘Sa ‘Id? Meninggalkah Amirul Mu ‘minin?”
“Bahkan lebih besar dan itu!” jawab Sa’id
sedih. “Apakah tentara muslimin kalah berperang?” tanya Isterinya pula.
“Jauh lebih besar dri itu!” jawab Sa’id
tetap sedih. ‘Apa pulakah gerangan yang Iebih dari itu?” tanya isterinya tak
sabar.
‘Dunia telah datang untuk merusak
akhiratku. Bencana telah menyusup ke rumah tangga kita,’ jawab Sa’id mantap.
“Bebaskan dirimu daripadanya! “ kata isteri
Sa’id memberi semangat, tanpa mengetahui perihal adanya pundi pundi uang yang
dikirimkan Khalifah ‘Umar untuk pri badi suaminya.
“Mahukah Engkau menolongku berbuat
demikian?” tanya Sa ‘id.
‘Tentu…;! “jawab isterinya bersemangat.
Maka Sa’id mengambil pundi-pundi uang itu,
lalu disuruhnya isterinya membagi-bagi kepada fakir miskin.
Tidak
berapa lama kemudian, Khalifah ‘Umar berkunjung ke Syria, mengininspeksi pemerintahan
di sana. Dalam
kunjungannya itu beliau. menyempatkan diri singgah di Himsh Kota Himsh pada masa
itu dinamai orang pula “Kuwaifah (Kufah kedil)”, kerana rakyat nya sering
melapor kepada pemerintah pusat dengan ke1emahan-kelemahan Gubernur mereka,
persis seperti kelakuan masyarakat Kufah.
Tatkala Khalifah singgah di sana, rakyat
mengeluelukan beliau, mengucapkan Selamat Datang.
Khalifah bertanya kepada rakyat, “Bagaimana
penilaian Saudara-Saudara terhadap kebijakan Gubernur.
“Ada
empat macam kelemahan yang hendak kami laporkan kepada Khalifah,” jawab rakyat.
“Saya akan pertemukan kalian dengan Gubernur
kalian,” jawab Khalifah ‘Umar sambil mendo’a: “Semoga sangka baik saya selama
ini kepada Sa’id bin ‘Amir tidak salah.”
Maka tatkala semua pihak—iaitu Gubernur dan
masyarakat—telah lengkap berada di hadapan Khalifah, beliau bertanya kepada
rakyat, “Bagaimana laporan sau dara-saudara tentang kebijakan Gubernur
Saudara-sau dara?”
Pertanyaan Khalifah dijawab oleh seorang
Juru Bicara.
Pertama: Gubernur selalu tiba di tempat
tugas setelah matahari tinggi.
“Bagaimana tanggapan Anda mengenai lapor’an
rakyat Anda itu, hai Sa ‘id?” tanya Khalifah.
Gubernur Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy diam
sejenak. Kemudian dia berkata: “Sesungguhnya saya keberatan menanggapinya.
Tetapi apa boleh buat.. Keluarga saya ti dak mempunyai pembantu. Kerana itu
tiap pagi saya terpaksa turun tangan membuat adonan roti lebih dahulu untuk
mereka. Sesudah adonan itu asam (siap untuk dimasak), barulah saya buat roti.
Kemudian saya berwudhu’. Sesudah itu barulah saya berangkat ke tempat tugas
untuk melayani masyarakat.”
“Apa lagi laporan Saudara-saudara?” tanya
Khalifah kepada hadirin.
Kedua, Gubernur tidak bersedia melayani
kami pada malam hari.”
“Bagaimana pula tanggapan Anda mengenai
itu, hai Sa’id?” tanya khalifah.
“ Ini sesungguhnya lebih berat bagi saya
menanggapinya, terutama di hadapan umum seperti ini,” kata Sa ‘id. “Saya telah
membagi waktu saya, siang hari untuk melayani masyarakat, malam hari untuk
bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah,” lanjut Sa ‘id
“Apa lagi,” tanya Khalifah kepada hadirin.
Ketiga: Gubernur tidak masuk kantor sehari
penuh dalam sebulan.
“Bagaimana pula tanggapan Anda, hai Sa’id?”
tanya Khalifah ‘Umar.
“Sebagaimana telah saya terangkan tadi,
saya tidak mempunyai pembantu rumah tangga. Di samping itu saya hanya memiliki
sepasang pakaian yang melekat di badan ku ini. Saya mencucinya sekali sebulan.
Bila saya mencucinya, saya terpaksa menunggu kering lebih dahulu. Sesudah itu
barulah saya dapat keluar melayani masyarakat,” ucap Said.
‘Nah, apa lagi laporan selanjutnya?” tanya
Khalifah.
Keempai:
Sewaktu-waktu Gubernur menutup diri untuk bicara. Pada saat-saat seperti itu,
biasanya beliau pergi meninggalkan majlis.”
“Silakan menanggapi, hai Gubernur Said!”
kata Khali fah ‘Umar.
“Ketika saya masih musyrik dulu, saya
pernah menyaksikan almarhum Khubaib bin ‘Ady dihukum mati oleh kaum Quraisy
kafir. Saya menyaksikan mereka menyayat-nyayat tubuh Khubaib berkeping-keping.
Pada waktu itu mereka bertanya mengejek Khubaib, “Sukakah engkau si Muhammad
menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?”
Ejekan mereka itu dijawab oleh Khubaib,
“Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara
Nabi Muhammad tertusuk duri …“
‘Demi Allah…!” kata Sa’id. “Jika saya
teringat akan peristiwa , di waktu mana saya membiarkan Khubaib tanpa
membelanya sedikit jua pun, maka saya merasa, bahwa dosaku tidak akan diampuni
Allah swt.”
Segala puji bagi Allah yang tidak
mengecewakanku,” kata Khalifah ‘U mar mengkahiri dialog itu.
Sekembalinya ke Madinah, Khalifah ‘Umar
mengirimi Gubernur Sa’id seribu dinar untuk memenuhi kebutuhannya.
Melihat jumlah uang sebanyak itu, isterinya
berkata kepada Sa’jd, “Segala puji bagi Allah yang mencukupi kita berkat
pengabdianmu. Saya ingin uang ini kita per gunakan untuk membeli bahan pangan
dan kelengkapan kelengkapan lain-lain. Dan saya ingin pula menggaji seorang
pembantu rumah tangga untuk kita.”
“Adakah usul yang lebih baik dan itu?”
tanya Sa’id kepada isterinya.
“Apa pulakah yang lebih baik dari itu? “
jawab isterinya balik bertanya.
“Kita bagi-bagikan saja uang ini kepada
rakyat yang membutuhkannya. Itulah yang lebih baik bagj kita,” jawab Sa’id.
“Mengapa….?” tanya isterinya.
‘Dengan begitu berarti kita mendepositokan
uang ini kepada Allah. Itulah cara yang lebih baik,” kata Said.
“Baiklah kalau begitu,” kata isterinya.
“Semoga kita dibalasi Allah dengan balasan yang paling baik.”
Sebelum mereka meninggalkan majlis, uang
itu dimasukkan Sa ‘Id ke dalam beberapa pundi, lalu diperintah kannya kepada
salah seorang keluarganya:
‘Pundi ini berikan kepada janda si Fulan.
Pundi ini kepada anak yatim Si Fulan. ini kepada si Fulan yang miskin… dan
seterusnya.”
Semoga Allah swt. meridhai Sa’id bin ‘Amir
Al-Jumahy. Dja telah membeli akhirat dengan menghindari godaan kemewahan dunia,
dan mengutamakan keridhaan Allah serta pahala yang berlipat ganda di akhirat,
lebih dan segala-galanya. Amin!!!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar